Tuesday, September 4, 2007

DIA Istimewa

DIA Istimewa.
Hasil karya ~ Ainin Naufal.

Apabila mesin jahit dan traktor bertemu ...



Sebuah cerita 'biasa'. Tetapi keseronokan mengikuti setiap jalinan cerita, yang begitu mudah, dan berjaya mengembalikan nostalgia dalam hidup seseorang, menyebabkan kisah yang dipaparkan menjadi luar biasa.


Kisah yang dipaparkan adalah peristiwa yang berlaku ditahun 80'an. Jadi, pembaca sudah boleh meramalkan apa dan bagaimana suasana dinegara kita diwaktu itu.


Kisahnya mengenai seorang gadis remaja yang lurus bendul, tetapi rajin dalam membantu urusan rumahtangga.


Atas permintaan khas dari anak saya yang berusia 5 tahun. Maka saya mengambil kesempatan, untuk membacakan cerita dari novel - DIA Istimewa, dengan lenggok dan gaya seorang "pencerita".


Yang menariknya, bukan anak saya yang kecil sahaja yang berminat mendengar kisah dari novel ini, malahan anak yang sedang remaja dan si ibu juga 'tumpang semangkuk'.


Hingga tiba kepada satu bab yang menarik perhatian, tiba - tiba anak saya terus bertanya:


"Abah, macam mana masak pakai kayu?" soal anak saya.


"Nanti abah tunjukkan ... tapi bukan sekarang ... aha, pernah lihat, waktu kenduri, orang masak pakai kayu api ?" soal saya kembali.


"Ada, ada ... tapi kena masak banyak baru kena pakai kayu api kan, abah ?" anak ke tiga berkata secara spontan.


"Emm... tidak juga, ok, biarlah abah habiskan dulu cerita dari buku ni ya ?" pinta saya, dan yang pasti, saya letih tapi gembira melayan karenah anak - anak yang kerap "mengganggu" dengan pelbagai soalan, hasil dari cerita yang dihidangkan.


Usai sahaja tamat bercerita, jelas kelihatan satu kepuasan diwajah - wajah ahli keluarga saya.


Dan yang menariknya, sepanjang 'sessi' bercerita itu, tidak ada seorang pun anak - anak saya yang membuka siaran televisyen.


Sebuah novel yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

Saturday, September 1, 2007

TERIMA KASIH


Syukur Alhamdulillah. Akhirnya hasrat saya untuk memiliki sebuah blog, yang memaparkan buku - buku ilmiah, atau separa ilmiah. Akhirnya berhasil dengan bantuan dari sahabat baik saya.


Maaf, dari segi IT. Saya tidak berapa mahir. Jika tidak mendapat bantuan dari sahabat yang benar - benar ikhlas, usaha saya tidak akan menemui kejayaan, atau dengan kata ringkasnya - tiada hasil.


Blog Pandai Bangsa ini dibangunkan atas hasrat saya untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. Dimana saya akan 'bercerita' tentang buku - buku atau novel yang telah dibaca. Tidak semestinya pendapat atau pandangan saya adalah yang terbaik.


Dikesempatan ini juga, saya selaku pentadbir dan pemilik Blog Pandai Bangsa ini, merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Puan Sifu Zalisa Maz. Atas kesudian beliau untuk merasmikan pembukaan Blog Pandai Bangsa ini.


Buat pengetahuan pengunjung. Puan Sifu (panggilan saya untuk beliau secara peribadi) Zalimatunura adalah seorang sahabat, guru (kerana beliau adalah insan yang paling banyak menegur dan memberi bimbingan tentang dunia penulisan), dan seorang yang paling banyak memberikan komen yang berguna, bermanfaat dan berfaedah kepada saya, khususnya didalam Blog Abang Long.


Puan Sifu Zalisa Maz, juga merupakan seorang penulis sepenuh masa. Dimana hasil karya beliau seperti - Adam Kecil ~ Dicakar Hantu. Adalah antara buku yang begitu menarik dan mencuri perhatian saya dan keluarga serta saudara mara, yang telah memilikinya.





Akhir kata, saya mengharapkan, agar Blog Pandai Bangsa ini akan dapat memberi manfaat dan berguna untuk semua.




Terima Kasih.


Abang Long

Ucapan Perasmian.

Assalamu'alaikum buat pengunjung Blog Pandai Bangsa.

"Semoga Blog Pandai Bangsa ini benar - benar memberi manfaat. Bukan sahaja kepada penulis, malah kepada pembaca. Marilah kita bersama - sama memandaikan bangsa demi negara tercinta".

"Dan dengan lafaz Bismillah hirahman nirrahim, saya, Zalimatunura Isa @ Zalisa Maz. Dengan ini merasmikan pembukaan Blog Pandai Bangsa. Semoga 'kelahirannya' akan dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara tercinta".



Yang Benar.
Zalimatunura Isa @ Zalisa Maz.