Menghasilkan buku, kongsi kebaikan | |
![]() | Dipetik dari: REZEKI memperoleh anak sulung cetuskan usaha seorang bapa hasilkan sebuah buku panduan mudah pelajari cara membaca dan fahami al-Quran (Juz Amma). Orang yang dimaksudkan ialah Muhammad Nazir Mohammed Khalid, pensyarah elektronik di Universiti Industri Selangor (Unisel). |
“Saya teringat kata seorang rakan dari Indonesia yang mengatakan jika anak hendak masuk sekolah perlu pandai hafal Juzuk Amma. Jadi, saya terpanggil untuk cuba menghafal dan mengamalkan surah-surah tersebut, sebelum mengajar anak berbuat demikian.
“Dari situ, saya mula menulis pada akhir tahun 2007. Namun isteri saya, Noor Malawati Awang telah sarankan saya untuk menulis ayat-ayat al-Quran menggunakan komputer agar tulisan tersebut nampak lebih cantik dan boleh dikongsi dengan orang lain.”
Pada bulan Januari 2008, Muhammad Nazir dengan kerjasama abangnya, Ustaz Mohammad Najib, guru agama dan tahfiz dari Bukit Mertajam dan adik iparnya, Kamal Rul Ariffin Awang yang mahir dalam bidang komputer serta rakannya, Mohd Azim Sardan yang mahir dalam tulisan Jawi, telah berusaha menghasilkan buku berjudul Terjemahan Muqaddam Juz Amma.
Usaha membukukan hasil penulisan tersebut mengambil masa hampir setahun, sehinggalah mendapatkan kelulusan perakuan betul pruf daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Muhammad Nazir kemudiannya menghubungi syarikat penerbitan buku Alaf 21 melalui saranan seorang rakan sekerjanya, Mohd Karimi.
Bermula dari situ, buku Terjemahan Muqaddam Juz Amma secara Lafziyah Melayu-Inggeris – Jawi berserta tajwid akhirnya berjaya diterbitkan oleh Karya Bestari pada pertengahan Jun ini. Kini buku tersebut menjadi salah satu daripada 200 judul buku terbitan Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari pada Pesta Buku Alaf 21 yang berlangsung pada 26 – 28 Jun.
Pesanan melalui POS adalah PERCUMA ! Penghantaran bagi kawasan - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi dan Sri Andalas adalah PERCUMA ! Sila emel kepada - mohamad.feroz@gmail.com | ![]() TERJEMAHAN MUQADDAM Harga: RM30 ISBN: 978-967-86-0333-1 |
Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA

1 - BAHASA MELAYU.
2 - BAHASA INGGERIS.
3 - JAWI.
Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -
Petikan dari sumber Laman Web ALAF 21.
Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -
mohamad.feroz@gmail.com
Atau sila hubungi saya di nombor telefon bimbit - 019 2254910
Diskaun akan diberikan mengikut kuantiti pesanan.
Pesanan melalui POS adalah PERCUMA !
Penghantaran bagi kawasan - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi dan Sri Andalas adalah PERCUMA !
Sila emel kepada - mohamad.feroz@gmail.com
Atau sila hubungi saya di nombor telefon bimbit - 019 2254910.Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA
![]() | BUKU terbaru Karya Bestari bertajuk Terjemahan Muqaddam Juz Amma merupakan buku terbaru di pasaran dan kini mendapat sambutan hebat di Pesta Buku Alaf 21. Buku berwarna hijau ini mendapat sentuhan yang begitu istimewa daripada Ustaz Naib Mohammed Khalid, Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Mohd Azim Sardan dan Kamal Rul Ariffin Awang. Editor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan Muqaddam, iaitu Norhayati Mat Kassim dan Norliza Salih berasa syukur kerana melalui penerangan tentang buku ini, pengunjung rasa terpanggil untuk memilikinya. “Alhamdulillah, jualan yang memberangsangkan sepanjang dua hari berlangsung jualan buku Alaf 21 walaupun pada mulanya, ada pengunjung agak sukar menerima keistimewaan buku ini. Lama-kelamaan apabila diterangkan satu per satu kaedah mempelajari buku ini, mereka sudah boleh faham dan terima. |
Kiri: Norliza dan Norhayati |
Saya syorkan buku ini perlu dimiliki oleh semua orang kerana susunan isi kandungan iaitu surah-surah dalam Muqaddam sangat sistematik, mudah baca dan lebih istimewanya pembaca boleh belajar bahasa Inggeris, mengeja jawi, bahasa Arab selain bahasa Malaysia dalam setiap surah,” kata Norhayati.
Norliza pula menambah, “Tanggapan pengunjung tentang Muqaddam ini iaitu buku ini sama dengan Muqaddam yang ada di kedai-kedai buku. Sebagai editor yang bertanggungjawab, bagi saya tidak sama. Kerana apa? Kerana surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam diterjemah satu per satu dan ini membezakan Muqaddam yang ada di pasaran.
Yang dikatakan istimewanya ialah kita memahami setiap patah perkataan itu satu per satu dan mudah menghafalnya. Malah, surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam merupakan surah yang lazim dibaca dalam sembahyang.”
Selain keistimewaan yang diperkatakan oleh kedua-dua editor ini, Muqaddam diterjemah secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid. Buku ini juga merupakan panduan mudah untuk mempelajari membaca dan memahami al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.
Dan, anda tidak perlu waswas kerana buku Muqaddam ini telah mendapat perakuan kesahihan daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
# Artikel diatas dipetik dari Laman Web ALAF 21 DENGAN IZIN.
Bagi Abang Long. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Begitu bernilai ilmu didalamnya. Malahan kualiti kertas buku ini begitu tinggi.
Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -
mohamad.feroz@gmail.com
Atau sila hubungi saya di nombor telefon bimbit - 019 2254910
Diskaun akan diberikan bergantung kepada kuantiti.
Pesanan melalui POS adalah PERCUMA !
Penghantaran bagi kawasan - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Bukit Tinggi dan Sri Andalas adalah PERCUMA !
Sila emel kepada - mohamad.feroz@gmail.com
Atau sila hubungi saya di nombor telefon bimbit - 019 2254910.
No comments:
Post a Comment