Friday, November 16, 2012

Pakej Lengkap Belajar Muqaddam Ke Solat Bestari

 
Solat Bestari
Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-967-86-0347-8
Halaman: ~216
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 10 Jun 2010
Kategori: Agama
Sinopsis
Lahirkan kemanisan solat dengan khusyuk yang sempurna!

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!
SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan ter¬jemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:
Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
Beberapa surah dari Juz Amma
Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat
Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
Informasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah





Smart Muqaddam
Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Mohd Shahriman Adenan

Harga: RM 30.00
ISBN: 978-967-86-0334-8
Halaman: ~288
Berat: 900 gram
Tarikh Terbit: 15 Sep 2009
Kategori: Agama
Sinopsis
MODUL pembelajaran ini disusun secara sistematik berdasarkan penghafalan perkataan dari muqaddam (Juz Amma). Sebanyak 150 perkataan yang paling kerap berulang dalam al-Quran dipilih untuk dihafal. Objektif nya, agar anda mampu menguasai hampir semua perkataan di dalam muqaddam.

Modulnya berdasarkan kekerapan ulangan perkataan dari muqaddam dan disertakan makna bagi memudahkan proses penghafalan. Beberapa ayat di dalam muqaddam dijelaskan kedudukan tajwidnya supaya setiap perkataan mampu disebut dengan betul bagi memberi maksud yang tepat.

Buku ini turut memuatkan bacaan di dalam solat, beberapa surah lazim dan ringkasan penerangan tajwid bagi memudahkan rujukan. Anda dinasihatkan mengikuti modul ini secara berturutan agar setiap hafalan dapat dilakukan dengan berkesan. Sebaiknya, dapatkan bimbingan daripada guru yang bertauliah ketika menggunakan buku ini. 
 
 
 
 

Belajar Tajwid Dengan Berkesan
Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-661-0
Halaman: ~152
Berat: 200 gram
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
Kategori: Agama
Sinopsis
Al-Quran itu membawa rahmat dan hikmah. Ia juga merupakan ungkapan ketuhanan yang memperlihatkan kebenaran serta kecantikan susunan bahasa yang teratur. Sesungguhnya ia turut memberi syafaat di akhirat kelak kepada sesiapa yang mengagungkannya.
Mempelajari hukum bacaan al-Quran adalah fardu kifayah. Maka, perelokkanlah agar setiap lafaz yang diucap itu tepat dan benar tanpa kesilapan. Mudah-mudahan kita dapat meraih ganjaran daripada-NYA kelak.

Belajar Tajwid Dengan Berkesan merupakan manual ringkas mempelajari hukum bacaan al-Quran dengan mudah. Bermula dengan pengenalan huruf, sifat-sifat huruf, tanda baca hinggalah kepada pecahan hukum tajwid yang lima dan seterusnya. Teknik penyampaian buku ini juga adalah ringkas, padat dan mudah difahami. Penggunaan empat warna menjadikan persembahan buku ini lebih menarik.

Keistimewaan buku ini:
1. Disemak oleh pemenang Akademi Al-Quran 2010 (Ustaz Ahmad Tirmizi Ali)
2. Menerangkan kesalahan yang kerap dilakukan terutamanya ketika membaca surah fatihah secara terperinci
3. Penyampaian langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman pembaca
4. Mengenal dan mempraktikkan hukum
5. Sesuai dipelajari oleh semua peringkat usia

TELAH DISEMAK OLEH: Ustaz Ahmad Tarmizi Ali
Pemenang Akademi Al-Quran 2010 (Imam Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya)
“Saya yakin dengan pengisian buku ini. Ia menjadi langkah terbaik untuk memperbaiki mutu dan tahap bacaan al-Quran bagi mereka yang tahap pemahamannya sederhana. Pendekatan potongan ayat sebagai contoh disertai teknik-teknik ringkas yang lain, menjadikan buku ini lebih mudah difahami dan dipelajari. Mudah-mudahan dengan pemahaman yang jelas dapat menjadikan al-Quran sebagai teman sekali gus meraih manfaat kehidupan bertakwa sebagai bekalan di akhirat kelak. Insya-ALLAH.”
 
 
 
 
 
Muqaddam Juz Amma
Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Harga: RM 30.00
ISBN: 978-967-86-0333-1
Halaman: ~296
Berat: 900 gram
Tarikh Terbit: 10 Jun 2009
Kategori: Agama
Sinopsis
Penulis: Ustaz Mohammad Najib Mohammd Khalid/ Muhammad Nazir Mohammed Khalid/ Mohd Azim Sardan/ Kamal Rul Ariffin Awang

TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.

Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 

No comments: