Tuesday, September 4, 2007

DIA Istimewa

DIA Istimewa.
Hasil karya ~ Ainin Naufal.

Apabila mesin jahit dan traktor bertemu ...



Sebuah cerita 'biasa'. Tetapi keseronokan mengikuti setiap jalinan cerita, yang begitu mudah, dan berjaya mengembalikan nostalgia dalam hidup seseorang, menyebabkan kisah yang dipaparkan menjadi luar biasa.


Kisah yang dipaparkan adalah peristiwa yang berlaku ditahun 80'an. Jadi, pembaca sudah boleh meramalkan apa dan bagaimana suasana dinegara kita diwaktu itu.


Kisahnya mengenai seorang gadis remaja yang lurus bendul, tetapi rajin dalam membantu urusan rumahtangga.


Atas permintaan khas dari anak saya yang berusia 5 tahun. Maka saya mengambil kesempatan, untuk membacakan cerita dari novel - DIA Istimewa, dengan lenggok dan gaya seorang "pencerita".


Yang menariknya, bukan anak saya yang kecil sahaja yang berminat mendengar kisah dari novel ini, malahan anak yang sedang remaja dan si ibu juga 'tumpang semangkuk'.


Hingga tiba kepada satu bab yang menarik perhatian, tiba - tiba anak saya terus bertanya:


"Abah, macam mana masak pakai kayu?" soal anak saya.


"Nanti abah tunjukkan ... tapi bukan sekarang ... aha, pernah lihat, waktu kenduri, orang masak pakai kayu api ?" soal saya kembali.


"Ada, ada ... tapi kena masak banyak baru kena pakai kayu api kan, abah ?" anak ke tiga berkata secara spontan.


"Emm... tidak juga, ok, biarlah abah habiskan dulu cerita dari buku ni ya ?" pinta saya, dan yang pasti, saya letih tapi gembira melayan karenah anak - anak yang kerap "mengganggu" dengan pelbagai soalan, hasil dari cerita yang dihidangkan.


Usai sahaja tamat bercerita, jelas kelihatan satu kepuasan diwajah - wajah ahli keluarga saya.


Dan yang menariknya, sepanjang 'sessi' bercerita itu, tidak ada seorang pun anak - anak saya yang membuka siaran televisyen.


Sebuah novel yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

5 comments:

Ainin Naufal said...

Amboi, story telling lagi. terima kasih le atas review iteew...

hehehe.. malu la I.

Mersik said...

Uiii bila plak abg long nak bacakan utk pokcik aaa? Masa baca2 tu letak laa.. air "mocha" barang seplo gelas kekekekek alahaiii

zalisa maz said...

Sudah berapa kali saya berulang alik ke sini tetapi tiada buku yang bertambah. Macam mana nak pandaikan bangsa ni? (YB sedang jegil mata)

Maizura Mohd Ederis said...

Salam,

Sekadar memaklumkan drama adaptasi daripada novel popular Tangisan Bulan Madu akan disiarkan di TV2 mulai 20 Mei 2008, jam 9 malam. Setiap selasa dan rabu melalui slot ratu.

KINI said...

erm... terasa kehangatan kebahgiaan keluarga .. pengerat bermula dari ketuanya .....